Forum › Forums › Tournament/Result › Tournament › Kejohanan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur Siri 2 2017
- This topic is empty.
-
AuthorPosts
-
October 12, 2017 at 11:18 pm #319947
Anonymous
GuestAssalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Saya selaku penganjur ingin menjemput pihak tuan menyertai pertandingan berikut:-Nama Kejohanan: Kejohanan PingPong Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur Siri 2 2017
Anjuran Bersama: DBKl & Kelab Ping Pong Legasi United
Penaja Utama : DBKL
Penaja Bersama: Joel Yap, Archievers, Boon Boon Electrical, I-City Table Tennis Trading,Zeist Marketing, Gema Marketing, Klang TRS Sdn Bhd,Tuttle Marketing,Cornilleau Malaysia,KBS,Donic Malaysia,Butterfly.
Tarikh Kejohanan: 23,24,25 Disember 2017
Masa Kejohanan: 9.00 pagi- 9.00malam
Tempat Kejohanan: Stadium Badminton Cheras, Jalan Cheras, Taman Pertama, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
___________________________________________________________________1. Tentatif Kejohanan
Sabtu (23 Disember 2017)
7.30am-8.30am- Pendaftaran kategori Perseorangan Terbuka (Handicap).
9.00am-9pm-Perlawanan Perseorangan Terbuka Handicaped (sehingga tamat).
Ahad (24 Disember 2017)
7.30am-8.30am- Pendaftaran Novis Berpasukan Terbuka (Cup & Plate)
9.00am-9.00pm- Perlawanan Berpasukan Terbuka (Cup & Plate) bermula
(sehingga tamat).Isnin (25 Disember 2017)
7.30am-8.30am- Pendaftaran Bergu Terbuka (Handicap)
9.00am-9.00pm- Perlawanan Bergu Terbuka Handicaped (sehingga tamat).
(TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DAN PENYERTAAN)
1.1 Tarikh tutup: 17 Disember 2017
1.2 Undian: 18 Disember 2017 di IPD Banting, Selangor Darul Ehsan.
2. KATEGORI
2.1 Perseorangan Terbuka (Handicaped)
2.2 Berpasukan Terbuka (Cup & Plate)
2.3 Bergu Terbuka3. UNDANG UNDANG RASMI PERTANDINGAN
3.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.
3.2 Hanya getah yang disenaraikan dalam ‘List Authorised Racket Covering’ No. 2015A, berkuatkuasa 31 Mac 2017 –1 Oktober 2017 sahaja yang dibenarkan.
3.3 Sebarang bantahan mengenai getah yang diubahsuai hendaklah dilakukan SEBELUM perlawanan dimulakan dan bantahan tidak akan diterima selepas perlawanan tamat.
4. KELAYAKAN PESERTA
4.1 PERSEORANGAN TERBUKA (HANDICAPED)
4.1.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
4.1.2 Sistem Handicap digunakan bagi menentukan aras pemain iaitu:
a) Level A: Pemain yang pernah mewakili NEGARA = 0 point;
b) Level B: Pemain yang pernah mewakili NEGERI / SUKMA / PERPADUAN / REMAJA KEBANGSAAN /
SUPERLIGA/ REMAJA NEGERI = 2 point;
c) Level C: Pemain NOVIS = 4 point.4.1.3 Pemain pada klausa 4.1.2 yang berumur dibawah 15 tahun ke bawah ( sebelum 1/1/2002) dikira NOVIS manakala yang berumur 60 tahun keatas ( selepas 1/1/1957) keatas dikira sebagai pemain Level B.
4.1.4 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.
4.2 BERPASUKAN NOVIS TERBUKA (Cup & Plate)
4.2.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
4.2.2 Pemain yang pernah bermain dalam kejohanan NEGARA /NEGERI / PERPADUAN /REMAJA KEBANGSAAN tidak dibenarkan menyertai acara ini (bagi Tentera/Polis dikecualikan dari syarat ini)
4.2.3 Pemain yang berstatus Remaja Negeri & Sukma hanya dibenarkan seorang sahaja dan tidak dibenarkan berada dalam satu-satu pasukan yang sama. (bagi Tentera/Polis dikecualikan dari syarat ini)
4.2.4 Pemain berikut dikira sebagai Novis dan dibenarkan menyertai kategori ini:
a)Pemain yang berumur 15 tahun kebawah ( sebelum 1/1/2002) bagi klausa 4.2.2 & 4.2.3.
b)Pemain NEGERI yang berumur 55 tahun ke atas ( selepas 1/1/1962), pemain PERPADUAN yang berumur 40 tahun ke atas ( selepas 1/1/1977) yang berada di klausa 4.2.2 namun SEORANG sahaja yang dibenarkan berada dalam satu-satu pasukan.
c)Pemain wanita tidak dikira kecuali yang pernah mewakili NEGARA/REMAJA KEBANGSAAN tidak dibenarkan.
4.2.5 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.
4.3 BERGU TERBUKA
4.3.1 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia
4.3.2 Pemain yang pernah bermain dalam kejohanan NEGERI / SUKMA / LIGA SUPER/ PERPADUAN / REMAJA NEGERI/REMAJA KEBANGSAAN dibenarkan menyertai kategori ini tetapi tidak dibenarkan berpasangan sesama sendiri.
4.3.3 Pemain yang berada diklausa 4.3.2 yang berumur dibawah 15 tahun kebawah (sebelum 1/1/2002) dan 60 tahun keatas (selepas 1/1/1957) dikira sebagai pemain novis.
4.3.4 Pemain wanita tidak dikira kecuali yang pernah mewakili NEGARA/REMAJA KEBANGSAAN tidak dibenarkan.
4.3.5 Penganjur berhak menggunakan budi bicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain. Keputusan penganjur adalah muktamad.
5. FORMAT BAGI KATEGORI BERPASUKAN
5.1 BERPASUKAN NOVIS TERBUKA(Cup & Plate)5.1.1 Jumlah pemain berdaftar; minima 3 orang dan maksima 4 orang.
5.1.2 Pemain lelaki dan wanita dibenarkan bermain di dalam satu pasukan.
5.1.3 Hanya seorang pemain di dalam setiap pasukan dibenarkan bermain dua kali sama ada perseorangan pertama dan bergu atau perseorangan kedua dan bergu.
5.1.4 Format perlawanan adalah 2 perseorangan & 1 bergu. Susunan perlawanan adalah seperti berikut:-
Perlawanan pertama :Perseorangan pertama
Perlawanan kedua : Perseorangan kedua
Perlawanan ketiga : Bergu5.1.5 Pasukan-pasukan yang berdaftar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, iaitu 3 ataupun 4 pasukan (bergantung kepada jumlah penyertaan) dalam setiap kumpulan akan bermain secara liga.
5.1.6 Format Permainan:-
• Peringkat kumpulan, liga satu pusingan
• Semua pasukan akan layak ke pusingan kedua yang akan dijalankan secara format kalah mati.
• Johan & Naib Johan setiap kumpulan bermain dalam Pusingan Kalah mati CUP manakala Tempat 3 & 4 akan bermain dalam pusingan kalah mati PLATE.
• Kiraan 11 mata, terbaik 5 set.
6. YURAN PENYERTAAN
6.1 Perseorangan Terbuka (Handicaped)- RM30.00
6.2 Berpasukan Terbuka- RM120.00
6.3 Bergu Terbuka- RM50.00
7. HADIAH
7.1 Berpasukan Novis Terbuka (Cup & Plate):-
Cup
Johan : RM2000.00 + medal + Piala pusingan + Piala IringanNaib Johan : RM1000.00 + medal
Separuh Akhir : RM500.00 + medal
Suku Akhir: RM200.00 + medalPlate
Johan : RM300.00 + medalNaib Johan : RM200.00 + medal
Separuh Akhir : RM100.00 + medal
7.3 Bergu Terbuka
Johan-RM600 + Medal
N.Johan- RM400 + Medal
Ketiga & Keempat-RM150 + Medal
Suku Akhir x 4- RM80 + Medal
7.4 Perseorangan Terbuka (Handicaped)
Johan-RM600 + Medal
N.Johan- RM400 + Medal
Ketiga&Keempat-RM150 + Medal
Suku Akhir x 4- RM80 + Medal
8. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN PASUKAN / BERGU / PERSEORANGAN.
8.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:
(a) Menang : 2 mata
(b) Kalah : 0 mata8.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai dan jika didapati 2 pasukan / pasangan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang di antara pasangan yang memperolehi mata yang sama banyak:-
8.3. Sekiranya ada 2 perseorangan/ pasukan/ pasangan yang memperolehi mata yang sama, maka Johan Kumpulan akan ditentukan di atas berdasar keputusan di antara 2 pasukan/pasangan tersebut.
8.4 Andaikata terdapat 3 pasukan/pasangan yang memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut urutan.
(a) Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah
(b) Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah
(c) Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah9. MENARIK DIRI
9.1 Menarik diri (walkover) adalah tidak dibenarkan. Jika ini berlaku, pasukan/bergu/perseorangan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya dan wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
9.2 Pasukan / pasangan / perseorangan yang lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan (tanpa alasan yang munasabah) akan dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan kiraan 3-0.
9.3 Semua keputusan perlawanan terdahulu pasukan / pasangan yang menarik diri akan tidak akan diambil kira.
10. PERKARA AM
10.1 Pihak penganjur berhak memanjangkan masa kejohanan sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan ( tidak dapat dielakkan ).
10.2 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pemain/pasukan yang melanggar peraturan.
10.3 Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukkan di dalam peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa penganjur akan memutuskan dan keputusan adalah muktamad.
10.4 Pihak penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke atas peraturan-peraturan yang dianggap perlu untuk melancarkankan perjalanan kejohanan ini.
10.5 Jawatankuasa pertandingan akan menjadi Juri Bantahan.
10.6 Sebarang bantahan (kecuali syarat 3.3) hendaklah dikemukakan dalam 30 minit selepas tamat perlawanan beserta cagaran wang tunai sebanyak RM300.00. Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.
11. PENGADIL
11.1 Untuk perlawanan liga,pusingan kedua,ketiga dan suku akhir dalam acara berpasukan,bergu dan perseorangan,kerjasama adalah dipohon daripada pemain untuk menjadi pengadil.
11.2 Pengadil hanya disediakan mulai peringkat separuh akhir hingga akhir.
12. BORANG PENYERTAAN DAN BAYARAN
12.1 Para peserta DIWAJIBKAN menjelaskan bayaran penyertaan terlebih dahulu sebagai pengesahan penyertaan atau “booking” sebelum tarikh tutup kejohanan.
Slip bayaran hendaklah disertakan dengan borang penyertaan kejohanan dan hendaklah diemailkan kepada pialadatukbandarkualalumpur@gmail.com atau dihantar secara whatssup/wechat/sms kepada urusetia kejohanan berikut :
(Akmal 013-4240350)12.2 Bayaran terus boleh dibuat ke akaun bank tersebut:
NAMA BANK : Maybank
NO. AKAUN : 562731119285
BAYAR KEPADA : Klang TRS Cleaning Services
12.3 Penyertaaan adalah adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’ dan tertakluk kepada penerimaan yuran pendaftaran.
12.4 Sekiranya selepas tarikh tutup pada 1 April 2017 dan penyertaan melebihi dari kuota, maka pasukan yang telah menjelaskan yuran penyertaan akan diterima serta disahkan penyertaan, walaupun mendaftar pada ‘last minute’.
13. BOLA KEJOHANAN
13.1 Bola 40+ 3 bintang berjenama XSF berwarna putih akan digunakan dalam kejohanan ini. (Tertakluk kepada pindaan)
14. KESELAMATAN
14.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian / kehilangan harta benda pemain sebelum, semasa atau selepas kejohanan ini.
14.2 Semua pemain diminta mematuhi arahan dari pihak penganjur dari masa ke semasa.
14.3 Kerjasama diminta dari semua pemain agar menjaga kebersihan dewan dan persekitarannya.
15. PENGINAPAN
Pihak penganjur tidak meyediakan atau menguruskan penginapan untuk peserta.
16. KUDAPAN
Gerai menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang serta makan malam akan disediakan (secara berbayar) di sebelah dewan permainan.
Sebarang pertanyaan dan info mengenai kejohanan ini,sila hubungi :-
Bob (Pendaftaran) -011-14310464
Harris (Teknikal)- 019-4786796 -
AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.