Featured post

Post Terkini Forum

Kej. PingPong Berpasukan Melayu TJP 2014 Kali Ke 2

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN MELAYU
ANJURAN TAMBAK JAWA PADDLERS (TJP) KALI KE 2

OBJEKTIF

Program ini berhasrat membina semangat kesukanan dan perpaduan antara peserta disamping dapat memupuk minat terhadap sukan ping pong serta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di dalam sukan ke dalam kehidupan seharian. Mengcungkil bakat-bakat baru dalam acara sukan ping pong serta memberI pendedahan kepada masyarakat terutama orang melayu untuk lebih meminati sukan ini.

1.1 Tarikh Kejohanan : 7 Jun 2014 (sabtu)
1.2 Tempat : Dewan Orang Ramai Jeram, Kuala Selangor
1.3 Masa : 8.30 pagi sehingga selesai.

2. ACARA KEJOHANAN

2.1 Berpasukan( 2 Perseorangan, 1 Bergu)

3. YURAN PENYERTAAN

3.1 RM100.00 untuk satu pasukan.
3.2 Penyertaan tanpa bayaran TIDAK AKAN DI TERIMA oleh pihak penganjur.
3.3 Penyertaan TERHAD kepada 16 pasukan sahaja.

4. HADIAH

4.1 Johan : RM 500.00 Tunai
4.2 N/johan : RM 300.00 Tunai
4.3 Tempat ke-3 bersama : RM 100.00 Tunai

5. KELAYAKAN PESERTA

5.1 Terbuka kepada semua pemain Melayu.
5.2 Pemain yang pernah bermain di kejohanan Kebangsaan anjuran TTAM (Table Tennis Amatur Malaysia) TIDAK DIBENARKAN BERMAIN dalam kejohanan ini (SUKMA, PERPADUAN/OPEN, SUPER LEAGUE, MSSM)
5.3 Hanya seorang sahaja pemain MAKSAK terkini/bekas dibenarkan bermain di dalam satu pasukan tanpa mengira tahun
5.4 Pemain MAKSAK wanita(melayu) dibenarkan bermain tanpa dikenakan sebarang syarat
5.5 Penganjur berhak menggunakan budibicara di dalam memutuskan status / penyertaan para pemain.

6. UNDANG UNDANG RASMI PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang ITTF yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia dan peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur.

6.1 Penggunaan getah Long/Medium/Short pimple yang UBAHSUAI dilarang sama sekali penggunaanya dalam Pertandingan ini.
6.2 Sebarang penggunaan gam adalah DIBENARKAN. Walaubagaimanapun, penggunaan WATER BASE adalah digalakan.
6.3 Pemain adalah digalakan menutup aurat

7. FORMAT PERLAWANAN SERTA UNDANG-UNDANG AM KEJOHANAN

7.1 Format perlawanan adalah ( 2 Perseorangan / 1 Bergu ) minima 4 0rang pemain. . Susunan perlawanan adalah seperti berikut:-

Perlawanan pertama : Perseorangan Pertama
Perlawanan kedua : Bergu
Perlawanan ketiga : Perseorangan Kedua

7.2 16 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 4 pasukan dalam setiap kumpulan akan bermain secara liga untuk merebut 2 tempat ke atas
7.3 Johan dan Naib Johan Kumpulan akan memasuki pusingan kedua.
7.4 Undian ke Pusingan Kedua akan dibuat secara ‘OPEN DRAW’.
7.5 Di Pusingan Kedua dan seterusnya, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.
7.6 Kemenangan berdasarkan 5 permainan terbaik (Best of Five) dengan kiraan 11 mata dalam satu set.

8. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

8.1 Pemberian mata dan penentuan kemenangan adalah berdasarkan format berikut:
(a) Menang : 2 mata
(b) Kalah : 0 mata

8.2 Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai dan jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira bagi menentukan pemenang di antara pasukan yang memperolehi mata yang sama banyak
8.2.1 Sekiranya ada 2 Pasukan yang memperolehi mata yang sama, maka Johan Kumpulan akan ditentukan di atas berdasar keputusan di antar 2 pasukan tersebut .
8.2.2 Sekiranya terdapat 3 pasukan yang memperolehi jumlah mata yang sama, maka kaedah berikut akan digunakan mengikut urutan.
(a) Bilangan Perlawanan : Nisbah menang / kalah
(b) Bilangan Permainan/Set : Nisbah menang / kalah
(c) Bilangan mata permainan : Nisbah menang / kalah

9. MENARIK DIRI

9.1 Menarik diri (walkover) adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku,
pasukan berkenaan akan dibatalkan penyertaannya.
9.2 Pasukan yang lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan (tanpa alasan
yang munasabah) akan dianggap memberi kemenangan percuma
kepada pasukan lawan dengan kiraan 3-0.
9.3 Semua keputusan perlawanan terdahulu pasukan yang menarik diri akan
tidak akan diambil kira.

10. PERKARA AM

10.1 Pihak penganjur berhak memanjangkan masa kejohanan sekiranya
berlaku sesuatu yang di luar jangkaan ( tidak dapat dielakkan ).
10.2 Pihak Penganjur berhak membatalkan penyertaan pemain/pasukan yang
melanggar peraturan.
10.3 Jika terdapat sebarang masalah atau kerumitan yang tidak diperuntukkan
di dalam peraturan-peraturan ini, Jawatankuasa Penganjur akan
memutuskan dan keputusan adalah muktamad.
10.4 Pihak Penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke atas
peraturan-peraturan yang dianggap perlu untuk melicinkan perjalanan
kejohanan ini.
10.5 Jawatankuasa Pertandingan akan menjadi Juri Rayuan.
10.6 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan dalam 30 minit selepas
tamat perlawanan berserta cagaran wang tunai sebanyak RM 50.00 untuk kedua-dua pihak samada pendakwa atau pihak tertuduh. Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tidak disabitkan.

11. PENGADIL

Untuk perlawanan liga dalam kumpulan dan suku akhir, kerjasama adalah dipohon daripada kalangan pemain untuk menjadi pengadil. Pengadil hanya disediakan mulai peringkat Separuh Akhir hingga Akhir.

12. BORANG PENYERTAAN DAN BAYARAN

12.1 Boleh didapati dan dikembalikan selepas diisi bersama wang penyertaan atau slip ‘BANK IN’ kepada Jawatankuasa pertandingan ;

M. Zamzuri Abd Kadir – 0133033669 / 01115817708 ( whatapps sahaja)
- No Fax 32896945

Mohd Yunus Mohd Yusop- 0132080971 (sms/whatapps)
(Bendahari Kejohanan)

12.2 BAYARAN TERUS KE AKAUN BOLEH DIBUAT:

NAMA BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 112269093943
BAYAR KEPADA : MOHD YUNUS MOHD YUSOP
(Sila kemukakan Slip ‘BANK IN” atau emailkan kepada tunarejack82@gmail.com . sebagai pengesahan pembayaran atau whatapps image ke no.urusetia di atas )

13. BOLA KEJOHANAN

13.1 Bola berjenama ‘ DHS ’ warna Putih/Oren akan digunakan dalam kejohanan ini. (Tertakluk kepada pindaan)

14. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

14.1 28 Mei 2014 (rabu)

15. UNDIAN

15.1 30 Mei 2014 (jumaat malam)

16. KESELAMATAN

14.1 Pihak Penganjur tidak akan bertanggung jawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian / kehilangan harta benda pemain sebelum, semasa atau selepas Kejohanan ini.
14.2 Semua pemain diminta mematuhi arahan dari Pihak Penganjur dari masa ke semasa.
14.3 Kerjasama diminta dari semua pemain agar menjaga kebersihan dewan dan persekitarannya.

17. KEMUDAHAN SETEMPAT

17.1 Gerai makanan/minuman berdekatan dengan dewan.
17.2 Masjid hanya 100 meter dari dewan.
17.3 Shell (petrol pam) 50 meter dari dewan.
17.4 Aroma Ikan Bakar Jeram 1KM dari dewan.
17.5 Tandas/bilik air dalam kawasan dewan.
17.6 Balai Polis 70 meter dari dewan.

KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN MELAYU
ANJURAN TAMBAK JAWA PADDLERS (TJP) KALI KEDUA

_____________________________________________________________________

BORANG PENYERTAAN

NAMA PASUKAN : ______________________________________

PENGURUS : ______________________________________

NO. H/P : ______________________________________

NAMA PEMAIN :

Bil. Nama Pemain Status ( MAKSAK- M)

1………………………………………….

2………………………………………….

3………………………………………….

4………………………………………….

5………………………………………….

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM 100.00
(Ringgit Malaysia : Seratus sahaja)

Dibayar oleh : _______________________________ Tarikh : ___________

Diterima oleh : _______________________________ Tarikh : ___________

* Bayaran terus ke akuan hendaklah dibuat atas nama berikut :

NAMA BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 112269093943
BAYAR KEPADA : MOHD YUNUS MOHD YUSOP( Bendahari Kejohanan)

(Sila faks Slip ‘BANK IN’ kepada JAWATANKUASA sebagai pengesahan)

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

M. Zamzuri Abd Kadir (teknikal/pengadil) – 0133033669 / 01115817708 ( Whatapps )
(Fax – 03-32896945)

Mohd Yunus Mohd Yusop (Bendahari Kejohanan) – 0132080971 (sms @ whatapps digalakan)

Untuk perbincangan lanjut boleh rujuk di sini

JISHAM, AH WAI JOHAN DAN NAIB JOHAN NOVIS ALL STAR 1 MALAYSIA

KUALA LUMPUR 4 Mac.- Pemain ping pong ternama Terengganu, Jisham, berjaya meningkatkan mertabat bangsa melayu dalam sukan ping pong tanahair apabila muncul johan perseorangan ‘Kejohanan Ping Pong Novis All Star 1 Malaysia’ yang berlangsung diStadium Badminton KL, Cheras, kelmarin.

Jisham yang mewakili TUDM berjaya menewaskan Ah Wai dari DBKL dalam pertandingan akhir dengan 12-10, 13-11, 5-11, 11-3. Dengan keputusan itu, Ah Wai yang tewas kepada Jisham terpaksa berpuas hati ditempat kedua sebagai naib Johan.

Menurut Jisham ketika diminta mengulas diatas kejayaanya berkata, ” sejujurnya…saya tidak menjangka akan meraih gelaran johan dalam pertandingan ini kerana sudah lama tidak menyertai mana mana pertandingan.” katanya ringkas sebaik permainan tamat. Beliau seterusnya menambah kata,” kali akhir saya menyertai kejohanan ping pong berskala besar ialah kira kira lebih sepuluh tahun lalu diKeramat, Ulu Klang.” jelas Jisham mengingati sejarah lampaunya kepada BTHO News.

Sementara itu, diperingkat separuh akhir, jisham hampir kecundang kepada Ah Meng dari DBKL A sebelum menang 4-11, 11-9, 9-11, 11-9, 12-10 dalam pertarungan sengit yang mendebarkan. Satu ketika, Jisham hampir tumpas apabila ketinggalan 5-9 pada set kelima sebelum memecut mata dan menang 12-10.

Pada satu lagi peringkat separuh akhir, Dr Farhan dari SB Resourses memberi kemenangan percuma kepada Ah Wai dari DBKL B, kerana mengalami kecederaan dikaki kirinya. Sebelum permainan diberhentikan, Ah Wai telah mendahului mata dengan 11-5, 11-9, 7-4.

PP4M.COM Dalam Proses Penambaikan

Assalamualaikum Warga PP4M,

Portal PP4M.COM dalam proses penambaikan dan naik taraf. Segala permasalahan boleh berhubung moderator @ admin PP4M. Segala kesulitan amatlah dikesali.

“Majulah Ping Pong untuk Malaysia, Malaysia BOLEH”