kachang wrote:
Kachang terbaca dalam akhbar harian Sabtu lepas bahawa pertandingan ping pong tiada dalam senarai sukan-sukan yang akan dipertandingan dalam acara M.S.S Negeri atau pun M.S.S Malaysia.
Alasannya tiada "budget" untuk sukan-sukan dalam tahun 2010. Ada 24 sukan berlainan dipertandigan dalam tahun 2009, tapi yang ada di tahun nie, hanya 13 jenis sukan sahaja (contohnya bola sepak, golf, renang dll). Selain ping pong yang menjadi mangsa, sukan-sukan seperti squash, catur dan sebagainya tidak akan di pertandingkan.
Kalau begini lah cara Kementerian beroperasi, macam mana sukan ping pong akan maju di negara kita? Takda bahagian pelapis untuk menyumbangkan tenaga pemain ke bahagian negeri dan seterusnya kepada negara.
Tengok negeri Cina. Pemain elitnya seperti Wang Hao, Ma Lin, Wang Liqin ada segilintiran. Pemain kebangsaan "back-up"nya seperti Xu Xin, Hao Shuai, Zhang Jike dll ada lebih kurang 5-10 orang. Bahagian pelapisnya ada lagi 70-80 orang, kebanyakannya berkecimpung dalam acara "junior". Itu pun belum termasuk "state/provincional player" yang berjunlah 300 orang lagi yang usia mereka dalam belasan tahun sahaja.
Dah takda duit nk buat cemana hu3,manala duit negara kt hilang ek